03 June 2016

Pengalaman Awal Sebagai Pemandu Uber

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah setahun dah saya menjadi pemandu Uber. Sempena beberapa hari lagi nak puasa, saya nak tulis satu entri sempena setahun saya drive Uber.  Hari ni saya nak share sikit la pengalaman menjadi pemandu Uber ni macam mana. So u'll get the idea. 

Masa tu dua minggu sebelum raya 2015. Time tu terdesak nak pakai duit..al maklumlah raya kan..mau nya tak pakai duit..hehe..saya tahu mengenai Uber ni melalui kawan kepada suami kawan saya. So lepas buat sikit internet research saya pun install applikasi Uber Partner..(sila daftar di sini dahulu)

Kalau tak silap saya, saya install apps tu hari isnin, arahan untuk hadir taklimat adalah pada setiap selasa dan khamis. So selasa tu memang tak sempat nak pergi, saya pergi hari khamis. Masa saya datang tu, terdapat lagi sekitar 10 orang pemandu baru. Satu persatu driver baru mereka daftar dan interview.  

Selesai sesi pendaftaran, seorang staff bertugas akan menerangkan bagaimana mengoperasikan applikasi Uber Partner, apa tatacara perlakuan sebagai pemandu Uber dan bagaimana menjadi pemandu Uber yang profesional. Bahasa komunikasi adalah bahasa Inggeris. 

Selesai taklimat saya balik rumah. 1st time beb. Mesti la rasa gugup. hahaha..saya Google YouTube tonton video video pemandu Uber luar negara bagaimana mereka lakukan ketika hari pertama sebagai pemandu Uber. Dari situ saya dapat idea bagaimana seharusnya saya lakukan. 

So esok paginya saya online dari rumah kat Skudai. Saya drive ke tempat yang mungkin pada fikiran saya boleh mendapat penumpang pertama. Saya park kat Perling Mall. Tunggu bawah pokok. Tak ambil masa lama untuk dapat request pertama (budak Uber panggil request sebagai 'bip' sempena bunyi apps apabila request masuk). 

Rider pertama saya seorang amoi yang nak pergi kerja. Masa tu pukul 9.30 pagi kalau tak silap. Sampai depan rumah, saya call untuk confirmkan alamat rumah. Sesudah depan rumah saya turun kereta dan bukakan pintu untuk beliau. Bila dah masuk semula kereta saya slide start trip dan destinasi rider dipaparkan. Lantas saya terus pilihan navigate untuk bantu saya ke destinasi menggunakan navigasi Waze. Destinasinya tak jauh cuma ke Bukit Indah je. Dia nak buka kedai. 

Laluan dicadangkan adalah melalui tol Perling. So jika dalam perjalan tu ada melalui tol, kita yang perlu bayar dulu tol tersebut. Saya bayar menggunakan Touch N Go. Apabila selesai menurunkan penumpang. Resit akan dijanakan oleh apps berdasarkan jarak dan tempoh perjalanan. Ini adalah contoh tambang perjalanan pertama saya ;-) Tambang ni sudah termasuk tol yang saya lalu semasa menghantar penumpang.
Hari pertama saya berjaya buat 7 trip. Tu pun saya tak online lama sangat. Maklumlah..tengah bulan puasa. Saya drive pagi dalam pukul 9am sampai tengahari, kemudian petang pukul 5pm baru sambung semula sehingga waktu berbuka, saya pulang ke rumah. 

Rata rata pelanggan Uber saya peramah dan baik, ada juga yang memilih untuk diam. Saya tak kisah. Janji duit masuk. hehehe. Bagi saya memandu Uber ni adalah peluang untuk menambah sedikit wang ketika kita memerlukan. Ianya adalah alternatif menggunakan kapital yang kita sudah sedia ada iaitu kereta sendiri.

Minggu pertama saya drive Uber cuma sempat untuk 3 hari sahaja iaitu Jumaat Sabtu dan Ahad. Jom lihat payment statement saya untuk minggu pertama drive.

Suka saya nak maklumkan bahawa bila kita memandu Uber, Uber menawarkan insentif tambahan selain tambang yang kita peroleh. Salah satu insentif terawal adalah sign up reward. Tapi yang terkini nak dapat sign up reward anda perlu complete sejumlah trip yang Uber tetapkan. Sebagai contoh 25 trip untuk KL manakala JB 50trip. 

Selain insentif pendaftaran yang diterima sekali sahaja, Uber juga tawarkan insentif lain. Bagaimanapun insentif ini berubah mengikut masa dan situasi. Sebagai contoh insentif seperti dalam gambar ni adalah insentif untuk bulan Julai 2015, ianya tidak sama dengan Julai 2016. 

Apa insentif terbaru saya taknak ceita di sini sebab nanti info tu obsolete dan saya kena update entri ni. Nanti bila anda dah daftar sebagai pemandu anda akan menerima sms dan email dari Uber bila ada perubahan insentif. Dalam sms dan email tu akan diberi link ke blog Uber spesifik ikut bandar mana anda daftar untuk memandu. 
Contoh insentif terkini untuk driver Johor Bahru bagi bulan Ramadhan 2016
Uber tawarkan tambahan RM200 sebagai duit raya jika berjaya memenuhi kriteria

Sebab selain situasi dan masa, insentif juga berbeza mengikut bandar kerana berbezaan market. Sebagai contoh Uber menawarkan insentif RM2000 seminggu untuk pemandu KL manakala cuma RM1000 seminggu untuk pemandu JB.

Ok berbalik kepada payment statement saya di atas, anda boleh lihat selain pendapatan tambahan melalui insentif, kita juga boleh dapat lebih melalui surging. Kalau dalam bahasa Melayunya 'pusuan'. Surge adalah keadaan di mana demand melebihi supply. Ayat mudahnya driver tak cukup. So tambang akan naik ikut nilai pekali. 

Dalam gambar atas anda nampak 1.3x kan. Maknanya saya peroleh 30% lebih dari tambang asas. Nilai pekali surge ni berbeza. Paling tinggi saya pernah dapat 4.7x. Tambang RM8 saya terima dalam RM30 lebih. Seronok tak? hehe. Kalau tak seronok meh saya tunjuk 2 gambar yang lebih best.
 
Contoh surging merata tempat

Contoh jumlah surge yang tinggi hasil dari pengurusan bijak. Untuk fare RM195 kebiasaannya modal petrol adalah sekitar RM40.

Lepas berpuas hati menerima sebanyak ini untuk 3 hari pemanduan, minggu seterusnya saya drive penuh 7 hari. iaitu seminggu sebelum raya dan ini apa yang saya peroleh.
Waktu tu saya rasa syukur sangat sebab dalam masa 10hari sebelum Hari Raya saya berjaya peroleh hampir RM1450 dengan memandu Uber. Saya tak janji bulan bintang jika anda berminat untuk drive Uber ni sebab nak drive kena bijak. Drive Uber ni bukan macam kerja makan gaji, tapi lebih kepada business. Pengurusan kewangan dan kos operasi kena jaga baru boleh untung banyak. Jika di ikutkan setahun pengalaman drive Uber ni ada banyak. Tak tertulis dengan satu entri. Jika anda ingin mencari alternatif menambah pendapatan, anda boleh mendaftar melalui blog saya dengan klik link di bawah. Apa yang penting? Usaha, rajin dan keep moving on ;-)

Dapatkan RM100 hanya dengan mendaftar sebagai pemandu! (T&C applied)
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan


Dapatkan rides percuma bernilai RM60 dengan kod promo 
EE2S2UE - INI CARANYA
 

277 comments:

  1. assalam bro..saya da daftar dan setiap hari ada uber ada hantar mesej dan email lokasi dieorang and suruh bawak dokumen2....jadi saya kene pergi ke lokasi yang diberitahu tu ke untuk wat pendaftaran....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jika belum boleh online maka perlu hadiri taklimat tersebut

      Delete
    2. Alhamdulillah dah berjaya daftar...esok nak start bawak..tapi masih takut coz tak tahu kat mana nak tekan itu semua.. ..doakan saya ya..

      Delete
  2. Salam bro...tu promo code boleh dapat free rides ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Tetapi hanya dapat sekali guna sahaja

      Delete
  3. Saya dah daftar. Hopefully lulus. Di area perak. Tunggu approval. Cuma tak sure ada ke tak uber kat ipoh-lumut

    ReplyDelete
  4. Bro..nak tanya semua jenis kereta yang kurang dari umur 7 tahun boleh buat uber ker? Termasuk axia?

    ReplyDelete
  5. bang,saya punya dah lulus, tapu bila click Go online, keluar "your vehichle is not allow to operate in Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa register dulu awak pilih bandar mana?

      Delete
    2. saya rasa mungkin kt situ saya silap. jadi kalau nak betulkan semula,mcm mana ye.

      Delete
    3. Sila email Uber utk atasi masalah tersebut

      Delete
  6. Sy di KL. Hari tu dah daftar tapi x g taklimat sbb kluar video yg pemandu uber kena tahan fgn geng teksi. Jadi x berani pulak. Ade pandangan x saudara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dilakukan pihak pemandu teksi tersebut sebenarnya melanggar undang2. Menjadi pemandu Uber adalah peluang. Rugi jika dilepaskan. Pemandu teksi sebaiknya bersaing memberi perkhidmatan terbaik bagi memenangi hati penumpang

      Delete
  7. Nak mintak pendapat, bahaya tak utk wanita jadi uber driver?

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah selamat kerana semua penumpang adalah berdaftar. Bilangan pemandu wanita kian bertambah kira2 30% dari senarai pemandu yang berdaftar dengan saya

    ReplyDelete
  9. Salam bro, ada no. Contact tak Nak tya pendapat & soalan. No no. Sya 0134927419

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Whatsapp saya di 016-7114304

      Delete
  10. Assalam ada pemandu dri penang x..bolh tgalkan no fon

    ReplyDelete
  11. Viva lepas ke kalau nak join uber ni?

    ReplyDelete
  12. Kereta saya berumur 13 tahun. Boleh daftar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksimum 7 tahun. Kalau 13tahun saya rasa tak lepas

      Delete
  13. apa yang ditanya semasa interview??kalau tak fasih english boleh lepas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basic English je. Sebab majoriti customer bercakap bahasa English

      Delete
  14. Admin blog. Bole buat entry utk "selepas driver amik penumpang-adakah kita perlu set location dahulu?" atau.. Penumpang memang dah set awal2 semasa dia request uber's driver?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam blog saya ada entri cara daftar sebagai driver. Dalam entri tersebut saya ada letak Omplete Uber Training Video. Pretty much everthing about running the apps ada dalam video tu 😊 Feel free to watch the video

      Delete
  15. Salam tuan.

    Secara purata, berapa keuntungan dapat sebulan memandu Uber?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan utk soalan tu subjektif. Sebagai contoh saya menerima bersih purata RM1000 seminggu. Tetapi ada driver di KL yg menerima RM2000 purata seminggu. Anggaran sebulan sukar dilakukan kerana kita bebas nak buat bila2 masa. Jika nak cuti seminggu boleh. Kerja seminggu pun boleh

      Delete
  16. salam encik , kalau kne tahan dgn pihak berkuasa mcm mana ? pihak uber akan bertanggungjawab ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Driver akan diwakili peguam Uber secara percuma berdasarkan pengalaman. Kes sedemikian adalah terpencil dan sangat jarang berlaku. Sejauh ini belum pernah ada masalah dengan penguatkuasa

      Delete
  17. Berapa lama akan dipanggil taklimat setelah kita daftar uber. Bantu klu ada jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari dua selepas selesaikan pra pendaftaran

      Delete
  18. Salam..boleh ke register 2 kenderaan berbeza jenis dgn uber?eg persona dan estima.2 kenderaan tu dengan satu nama driver..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh. Tetapi perlu daftar dgn 1 kereta dahulu sebagai permulaan. Sesudah aktif baru boleh tambah kereta

      Delete
  19. salam.. betul ke kalau guna myvi(uber x ) ni x mampu jana pendapatan yg gempak dan mudah kena banned/dibuang? sy nk join tp takutla juga kalau kena buang tetiba. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uber tidak sewenang wenangnya ban driver melainkan driver melakukan kesalahan serius. Myvi antara kereta pilihan ramai pemandu Ubrr kerana dengan petrol RM30 mampu bawa pulangan sehingga RM120 ☺

      Delete
    2. bagus admin ni alert dan x berkira nk menjawab soalan. thanks a lot.

      Delete
    3. admin, saya ada soalan terakhir setelah mengkaji dan research .. jika pendapatan sy total earning ialah 1k. ianya belum ditolak dgn petrol sya stiap harikan sbb petrol kena tpup duit sndri dlu? so klu 1k shari anggaran mnyak rm30x6=180 jadi sy akan dpt bersih rm720 ye? berbaloi ke admin. sy dh siap dokumen semua cuma x g lagi je sbb takut x untung.

      Delete
    4. Jika dengan modal RM180 boleh mendapat keuntungan RM720 adakah tidak berbaloi pada anda? 😊 Selain tambang, pendapatan driver juga di support oleh insentif. Untul KL insentif mingguan adalah RM1994. Jika anda online semua jam jaminan. Dengan modal RM180 tu anda boleh peroleh hingga RM2000 seminggu.

      Delete
  20. Ok..jika saya mendaftar untuk uber di kl adakah bermakna kita boleh buat services lokasi penghantaran di sekitar kl shj atau boleh juga terlebih sedikit luar kawasan spt selangor dan kwsn sekitar yg berdekatan?dan jika menggunakan kenderaan recon yg tahun dibuat pd 2011 dan di daftar pd tahun 2016 dikira kereta baru atau sudah berusia 5 tahun oleh uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh hantar liar Selangor tetapi sebaiknya jika hantar luar Selangor, kita deal lain tidak menggunakan Uber kerana Uber ada core services area. Fare Uber adalah rendah dan jika keluar dari KL balik kosong sebab luar KL takda orang guna Uber.

      Kenderaan 2011 masih boleh berdaftar.

      Delete
  21. Salam bro. Isteri saya berminat nak daftar Uber. Kami nak tau, kalau kereta yang didaftarkan tu atas nama saya boleh ke dia jadi pemandu Uber? Saya dan isteri bertukar kereta kerana kereta dia kereta lama, kereta saya tahun 2012. Dia nak jadi pemandu Uber pakai kereta saya, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh xda masalah. Yang penting dalam cover note insuran tu ada nama wife encik

      Delete
  22. As salam saya nak tanya berapa komisen yang Uber amik dari driver? Saya dapat tahu komisen nya berbeza kalau kita dapat Uber X dan Uber XL betul ke?
    T/kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uber ambil 25% tetapi dalam masa yang sama Uber menawarkan insentif yang tinggi. X dan XL kini sama. Hanya driver lama dikekalkan Uber fee 20%

      Delete
  23. Utk daftar ade kene kan bayaran x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dan ya. Tidak dikenakan bayaran jika anda selesaikan pendaftaran dalam tempoh seminggu iaitu isi borang, upload semua dokumen dan update no akaun bank.

      Tetapi jika selepas seminggu isi borang masih belum upload dokumen, anda akan dikenakan background check sebanyak RM25. Caranya Uber akan tolak RM5 seminggu selama 5 minggu dari payout mingguan anda.

      Delete
    2. UPDATE NO AKAUN BANK TU KAT BAHAGIAN MANA YA... MEMANG PERLU KE..???

      Delete
  24. Can Alza register under uber x categories ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alza automatically eligible for Uber X and Uber XL

      Delete
  25. ada group whatsapp untuk geng2 uber area JB X ? ape2 hal senang sy dpt info .. baru nk start bwk ni .. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Siapa nama masa daftar?

      Delete
    2. boleh invite sy x ? boleh dpt info2 nnt kt area jb

      Delete
  26. Assalam.. kalau plat kereta saya kl, saya guna untuk meng uber di jb boleh ke? Atau kene pakai kereta plat johor? Tq admin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah plat negeri mana. Asalkan masa daftar. Pilih bandar JB

      Delete
  27. Condition kereta mesti tip top ke?

    ReplyDelete
  28. Assalam...klu driver perempuan..blh x kita nk set penumpang perempuan shj...so lelaki xde la request...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak terdapat option sebegitu dalam apps

      Delete
  29. Assalam tuan.. Saya xmahir berbahasa enggeris.. Ada peluang ke untuk saya join uber ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jaya. Tak pandai boleh belajar sampai pandai 😊

      Delete
    2. 😂😅 nyesal dulu xblaja rajin2.. 😭

      Delete
  30. Bro boleh bgtau bila uber akn start bayar utk bayaran mingguan?..saya baru start drive minggu ni isnin-rabu..boleh tolong add sekali dlm group wasap 0173407300

    ReplyDelete
    Replies
    1. Accounting cycle dia isnin 4am sampai ahad 4am. Duit akan masuk minggu berikutnya seawalnya rabu selewatnya jumaat

      Delete
  31. Assalamualaikum.. Sy uber partner yg bru. Salam perkenalan. Maaf cek... Video yg dikirim sy dh tgok.. Tp krg paham mksud x n xl tu.. Then sy daftar dr sorg rakan fb.. Xde pulak dia info psl kursus.. Mcm mana ye?

    ReplyDelete
  32. harga ikut jenis kereta jugak ke ? ke ikut jarak perjalanan je ? tq

    ReplyDelete
  33. kereta jnis compact mcm swift qualified ke encik?

    ReplyDelete
  34. Hi saya berminat. bila next session yer. last hari tu bulan 6. Sy baru keluar axia dan ingin buat selepas waktu kerja 8.30mlm ke 12 Mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud sy briefing session. Sy pilih di JB

      Delete
  35. Di sarawak dah ada uber nie juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak belum ada. Tapi di Kota Kinabalu baru diperkenalkan. Mungkin pada masa akan datang

      Delete
  36. salam tuan... nak tny kalau daftar atas nama isteri tapi kereta saya kemudian yang driver tu adalah saya boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh dengan syarat nama encik dalam sekali dalam cover note insuran

      Delete
  37. Bro, boleh add di group whatsapp Fandy.

    ReplyDelete
  38. Sy bw honda civic Fd 2.0 adakah caj sama?di area jb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau vellfire sama jgk ke??sy ada vellfire dan persona...ingt nk daftar dedua dan bleh ke daftar skali dgn grab(yg ni kwn tanye)

      Delete
  39. Ada sesiapa yg dr group whatsapp uber partner penang? tolong add sy 013-3949526.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong add saya sekali tuk uber partner penang..wan 019-942 6454

      Delete
    2. Tlg add sy sekali tuk uber penang...eddy 012-5110170 ....tq

      Delete
  40. Anonymous18/7/16 02:33

    Salam bro. Biasenya uber deposit bayaran kepada driver bile ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap Rabu. Jika tiada rabu, khamis or Jumaat selewatnya

      Delete
  41. salam encik...klau kereta ada calar2 kemik2 kecil msih dtrima ke utk jdi driver uber ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah

      Delete
  42. Salam encik. Kalau takde kereta sendiri boleh sign up jugak ke nak jadi driver?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ada kereta baru boleh sign up

      Delete
  43. menarik post dari bro. saya pon start jadi driver uber dah. kecil2an. mohon tunjuk ajar :)

    ReplyDelete
  44. Salam en. Rias, mcm yg en. Rusydi tanya soalan sy lebih kurang je, kalau tak ade kerta sendri dan guna kerta kawan atau saudra bole ke register jadi pemandu Uber ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh dengan syarat nama cik ada dlm cover note insurans sbg pemandu kedua atau seterusnya

      Delete
  45. Salam.saya dapat mesej akaun saya aktif dan saya dapat online.tapi saya tak pernah dengar taklimat tu.macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh terus online. Tonton dulu di youtube video Complete Uber Training Video dan Uber Cash Training Video. Basically training tu cuma menerangkan video tersebut

      Delete
  46. Salam. nak tanya, ade tak possibility untuk kena "serang" or "ganggu" oleh pemandu taxi yang nampak kita buat Uber ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kena pandai jaga diri sebab mereka biasanya serkap jarang. Jika berlaku kes maka wajib laporkan kepada polis dan Uber supaya kita dilindungi.

      Delete
  47. Salam tuan, apa itu uber fee dan bagaimana pengiraannya kalau customer bayar secara cash kepada kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Uber fee tu yuran Uber. Untuk trip cash, kita collect 100% fare tapi Uber fee akan ditolak dari payment mingguan iaitu trip kredit

      Delete
    2. apa maksudnya Uber fee akan ditolak dari payment mingguan iaitu trip kredit? contohnya kita dapat one customer rm100. so rm100 ini kita akan dicharge 25% as yuran uber ke? sorry sebab x paham sangat uber ni dan berminat nak join.

      Delete
  48. Slm admin..no Tanya.sy pemandu uber baru lg.da.dpt buat 2 trip setakat minggu ni.sy pilih payment banking.set 1 minggu sekali..dpt msg Dari uber.duit da deposit.tp bila check Akaun xde lg.mmg 1st payment lmbt ye.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sistem dia macam ni. Tambang kredit akan dikumpulkan dari Isnin sampai Ahad. Kemudian Rabu/Khamis/Jumaat minggu berikutnya baru Uber bank in.

      Delete
  49. Salam tuan, saya nk tanya.. Kereta saya honda city tahun 2007.. Boleh register ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Uber tetapkan maksimum 8tahun. Maka daftar 2016 maksimum tahun 2008

      Delete
  50. Salam admin. Saya ada 2 kereta. Nak join uber tp xde masa sgt. Boleh sewakan kereta pada uber ke? Cmane cara? Kereta almera setaun..ada link tak utk rujukan? Thanks admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Uber takde buat sistem macam tu

      Delete
  51. Salam en rais. Suami sy berminat utk daftat uber tap die nak buat malam sahaja area sepang sebb siang nak jaga anak. Ape pendapat en tentang pendaptan nnt. Adakah berbaloi jika buat malam shj. Mungkin buat di area sepang dan nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya drive utk JB. Jadi saya tak pasti permintaan utk area sepang. Yang pasti KLIA Uber cover. Boleh cuba daftar dan operasi dahulu lihat bagaimana

      Delete
    2. Salam. Boleh dan sangat berbaloi jika buat kat klia.

      Delete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Fare dikumpul dari isnin hingga ahad. Minggu berikutnya baru Uber bank in berserta insentif jika ada

      Delete
  53. Salam. Kalau daftar uber tapi guna kereta org lain atas persetujuan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh dengan syarat ada nama anda dalam cover note insuran

      Delete
  54. Salam... nak tanya.. kenapa bila go online kluar ayat ni " your vehicle is not allowed to operate in undefined "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sila email Uber utk selesaikan masalah tersebut. Kemungkinan kesilapan teknikal

      Delete
  55. Bleh saya tahu apa email uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. partner.namabandar@uber.com

      Nama bandar tu kena letak bandar mana awak daftar. Guna email yg berdaftar dgn Uber. Kalau tak Uber tak kenal anda

      Delete
  56. Salam bro.
    Saya ada viva 1000cc.
    waktu register tu team uber JB ada hantar email.
    minimum requirement untuk kereta tu kena ada kereta 1.2ltr.
    so nak tanya betul ke viva boleh join uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini boleh. Mungkin disebabkan ada model baru seperti Axia

      Delete
  57. saya dah daftar tapi macam takut nak online .saya risau driver teksi buat kacau pulak.macamana ye.saya area KL/Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhkan dari teksi dan tawakal 😄

      Delete
  58. Sbg penumpang camna nk menggunakan perkhidmatan uber ni ye?perlu contact apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik start baca dari sini. Kemudian ikut link berikutnya dalam entri tu

      http://akupemanduuber.blogspot.my/2015/07/bagaimana-cara-mendaftar-uber-rider.html?m=1

      Delete
  59. salam saya nak tanya ada x pemandu uber sekitar kuantan? urgent

    ReplyDelete
  60. salam saya nak tanya ada x pemandu uber sekitar kuantan? urgent

    ReplyDelete
  61. Lesen P boleh apply tak?

    ReplyDelete
  62. salam cik..adakah grab car dan uber syarikat yg sama. apa perbezaanya. sekarang ada trend pemandu ubrr beralib ke grab.

    ReplyDelete
  63. Salam saudara, saya ingin mengetahui adakah perkhidmatan uber di Kuching dan kota samarahan. Terima kasih

    ReplyDelete
  64. Salam bro. Nak tanya sikit. Saya ada buat uber dalam 2 minggu. Takde pulak dpt surge sampai beratus2. Kadang2 bila perjalanan hampor 30 min fare baru belas2 ringgit. Tak faham lah dgn uber ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Awak kena baca, kena study sistem insentif dan kena faham. Kemudian kena drive dgn strategi

      Delete
  65. salam bro...kalau saya nak daftar 2 lokasi yang berbeza seperti kl dan johor boleh ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sistem tak benarkan

      Delete
  66. camne pula kalau dah daftar, tp x dpt lg any reply dr email atau sms, takde kod lg.ada mana2 nak check?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda sudah melalui proses pendaftaran. Secara automatik komputer akan hantar email dan sms. Jika tidak menerima apa2. Sila cuba daftar semula. Boleh jadi ada masalah connection semasa pendaftaran anda

      Delete
  67. nak tanya, kita akan dikenakan charge 25% bagi customer yang bayar melalui akuan uber. bagaimana kalau customer yang bayar cash? kita akan dapat full payment ke atau sama jugak dikenakan 25% oleh uber company?

    ReplyDelete
    Replies
    1. customer tak boleh bayar cash. semua online. cashless.

      Delete
    2. Untuk cash trip. Kita ambil 100% dari cash. Uber fees akan ditolak dari payout mingguan. Jika deficit bank payout, sistem akan carried forward minggu seterusnya.

      Delete
  68. as salam boleh ajar saya jdi uber tak?

    ReplyDelete
  69. Assalam bang..tumpang tanya..saya baru dpat lesen dlm 2-3 bulan gitu..boleh ke sy memohon untuk bawa uber?and berkenaan kereta pula,kereta tu atas nama arwah abah sy..insurans pun..boleh ke daftar kereta tu jadi kereta uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Lesen P tak boleh jadi driver Uber

      Delete
  70. Salam nak tanya... kalau teksi daftar uber boleh ke? Tapi mnggunakan app uber... meter guna sebagai syarat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak pasti mengenai itu sebab Teksi boleh menggunakan applikasi Grab

      Delete
  71. AsSalam, saya dh register akaun dah aktif tp bila nk online, keluar msg "Your vehicle is not allowed to operate in undefined"
    Mohon bantuan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Anda perlu email Uber utk betulkan kesilapan tu. Technical error

      Delete
  72. Assalam... Boleh saya tau ada x no wasap or no contact untuk uber jb?

    ReplyDelete
  73. salam.... biasanya customer akan bayar by cash or kaedah lain?

    ada risiko x bawa uber ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Cash atau kredit, rider boleh pilih.

      Delete
  74. Anonymous15/8/16 09:52

    Salam admin
    Apa maksud drive dgn strategi tu..boleh bg contoh tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Study sistem insentif dan make sure qualified for incentive. Jangan drive tanpa study apa2

      Delete
  75. Sallam Admin,

    Nak tanya, Toyota Vellfire boleh bua Uber tak?

    ReplyDelete
  76. salam bro.. apa beza uber dgn grab??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Syarikat berbeza. Sistem lebih kurang sama

      Delete
  77. assalamualaikum, honda city termasuk dlm uber X atau uber biasa???

    ReplyDelete
  78. Assalamualaikum..Tumpang tanya yer,
    Sebagai pemandu UBER, di beri slip gaji juga ke? untuk memudahkan proses permohonan pinjaman dengan bank perlu slip gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada payout statement mingguan di partner dashboard

      Delete
    2. oo terima kasih atas penjelasan tuan.

      Delete
  79. Salam..saga FLX masuk dlm category uber ape yer?saya berminat nak daftar..dia tak semestinya kena hari2 kan? sbb saya pon bekerja jugak 9 pagi sampai 6 ptg..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Uber X. Bebas ikut kita nak drive bila

      Delete
  80. salam tuan,

    sy baru register & nak main kl & shah alam area..jika lalu tol..uber partners app terus detect ke skrg? atau rider kena bayar utk tol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tol sepatutnya akan automatik termasuk dalam fare. Sila semak setiap trip lalu tol adakah termasuk tol. Jika apps xdetect tol. Maklumkan rider dan claim

      Delete
    2. okay..dan lagi satu..jika saya buat uber di shah alam..client suruh anta ke KL..sy patut end trip di KL ..atau bile patah balik ke shah alam?

      Delete
    3. End trip bila rider turun. Awak boleh stay di KL lepas drop rider. Tu cara paling efisyen drive uber

      Delete
  81. Salam, saya nk tanya. Saya dah register uber ni dan dipanggil utk temuduga. Tapi persoalannya saya pemegang lesen P, boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Setahu saya tak boleh

      Delete
  82. salam..sy nak tanya.. uber nk kena pakai kereta sendiri ke? kalau pinjam kereta family macmmamna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh dgn syarat nama anda ada dalam cover note sebagai pemandu tambahan

      Delete
  83. Bestnya drive uber ni, banyak insentif pulak tu

    ReplyDelete
  84. bayaran setiap perjalanan kita terima cash ke dr penumpang ke? apa bayaran yang perlu kita bayar kepada pihak Uber pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cash fan ada credit. Uber fee ditolak dari payout mingguan iaitu dari credit trip plus insentif

      Delete
  85. Salam saya nak tanya..if guna coupoun yg pihak uber bg nnt dia akan tolak ke driver uber ke..maksud saya driver uber mana yg ambil penumpang yg guna coupan so akan tolak ke atas dia..misalnya trip rm30 bila ada pasenger yg guna coupon so rm10 so dia akan tanggung ke atau pihak uber akan bayar kembali ke acc driver uber..maaf tuan ..sbb bit confuse psl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk trip credit. Rider bayar ikut apa yg appear kat apps mereka iaitu less promotion. Kat apps driver still akan dapat full fare. Utk trip cash. Driver terima cash selepas tolak promotion. Kos promotion uber akan top up pada driver

      Delete
    2. Assalammualaikum tuan.. Leh bg tips sket x mcm mana nak study guarantee hour tu.. X paham sgt. Kalau kite on9 1 jam mmg uber akan bayar ikut jam tu ke? Bermakna tambang yg kite dpt lain.. Fare lain.. Atau sekali je.. Tq

      Delete
  86. Assalamualaikum tuan..sy bru register,nak jd driver uber mmg kne pegi temuduge ke?

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum tuan..sy bru register,nak jd driver uber mmg kne pegi temuduge ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam.. Sy br je daftar jd pemandu uber. Pg register dlm kul 9 pg.. Kul 4 ptg dpt email dr uber mengatakan dh certified jd driver. Xde temuduga pun skang ni.. Janji masa upload document tu semua jelas, ic, lesen dan covernote insurans.

      Delete
  88. Salam tuan..
    Toyota hilux boleh buat uber x?

    ReplyDelete
  89. Salam tuan, saya sudah mendaftar sbg pemandu uber..semua particular dan dokumen sdh sy isi..tp smpi skrg sy blm dpt ape2 pggln interview dari uber..jadi saya perlu tunggu dulu sehingga dipggl oleh uber ataupun sy dahblh mulekan hidup sbg pemandu uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check email tuan ade x email dr uber mengatakan tuan dh layak. Kalau dh boleh je terus drive bukak app uber partner dan akan keluar peta bersama location kita maka boleh bermual

      Delete
    2. jadinya tak perlulah nak tunggu interview uber?

      Delete
  90. Salam bos....saya dah scan insuran cover note....kenapa dia lama nak approve...boleh ke kita pegi office dia terus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tuan email atau call uber.. Sbb sy punye pg register ptg dh certified..

      Delete
  91. Sy sebagai pemandu uber kl sudah completely 25 trip adakah rm250 terus dikreditkan dlm akaun sy?

    ReplyDelete
  92. Salam tuan Rais, boleh share kan email address uber x? Coz sy pon dah register online semalam, tp blom dpt apa2 response dr pihak uber. Terima kasih

    ReplyDelete
  93. As salam saudara..boleh yg pm saudara tak??ade perkara personal sy nk tnya..harap dpt membantu

    ReplyDelete
  94. Assalam..apa kbr Tuan..ble kenal atau linkkan dgn pemandu2 uber di kota kinabalu..bertukar-tukar maklumat.sbb KK masih baru..dan pelancong semakin ramai ke sabah..khususnya KK.Tkasih tuan

    ReplyDelete
  95. Assalam..apa kbr Tuan..ble kenal atau linkkan dgn pemandu2 uber di kota kinabalu..bertukar-tukar maklumat.sbb KK masih baru..dan pelancong semakin ramai ke sabah..khususnya KK.Tkasih tuan

    ReplyDelete
  96. Salam encik. Sy adalah pemandu Uber. Boleh tolong masukkan 0149406400 dalam group whatsapp Uber JB? Senang untuk share apa2 update atau info. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  97. kereta satria neo dua pintu boleh ke jadi uber?

    ReplyDelete
  98. assalaamualaikum tuan.. boleh kah menjadi driver uber hanya pada weekend? maksud nya, nk drive 2 hari ja seminggu? sbb weekedays sy terikat ngan kerja skrg..terima kasih.

    ReplyDelete
  99. Salam tuan, kalau perjalanan melalui tol adakah bayaran tol itu td disertakan ke dalam payment penumpang @ bayaran tol tu driver terima cash dari penumpang.

    ReplyDelete
  100. Saya dh boleh drive. Tp, lgsg tak fhm payment. Payment cash ke??

    ReplyDelete
  101. Saya dh boleh drive. Tp, lgsg tak fhm payment. Payment cash ke??

    ReplyDelete
  102. salam encik, saya tanya 1 kereta boleh ke guna 2 nama driver uber sebab cover insurans kereta ni cover untuk 2 nama saya dan suami..Ingat kami nak jd pemandu uber sama2. Bila dia free dia yg drive & bila sy free sy plk yg drive urk menjd pemandu uber?

    ReplyDelete
  103. Bro , kalau kereta viva 8 tahun lepas tak ? Lebih satu tahun je :(

    ReplyDelete
  104. Assalam..wahh seronok uber ni tapi area melaka blum ada pulak..sabaw je la hehe

    Admin sy nak tanya kereta sy viva dah lebih 8 tahun boleh lagi ke? Tq :)

    ReplyDelete
  105. assalamualaikum,saya nak tanya,kalau lepas kita hantar pelanggan uber ke destinasi dan tiba2 lepas itu ada org tahan kita nk menggunakan perkhidmatan(nak hantar ke tempat lain),ada masalah ke dengan SPAD atau lain2 agensi atau dgn Uber sendiri,maknanya pelanggan itu bukan dari Uber

    mohon penjelasan,saya dah daftar nama cuma tak masukkan model kereta lagi,nak confirmkan syarat2 dan prosidur dulu...memang berminat sangat,tq

    ReplyDelete
  106. assalamuaalaikum Tuan. Saya telah mendaftar di bawah Tuan. Telah dapat email utk download application. Apa yang perlu saya buat selepas ini?

    ReplyDelete
  107. Salam tuan, saya dah register dan dapat msg dr uber..cumanya saya tak start lagi sebab sy xde dpt apa2 pangilan interview atau briefing tetamg uber ni lagi.. ke saya boleh start je tanpa interview tu.

    tq tuan

    ReplyDelete
  108. Sya dah jadi pandu uber...tapi cuma ambil part time jer dulu...cuma saya masih terfikir...adakah uber ni sdh diluluskan jpj ke blm...sebab kita guna kereta sendiri...

    ReplyDelete

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...