07 April 2018

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Malaysia boleh menggunakan applikasi Uber baik penumpang mahupun pemandu. Entri ini sekadar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Uber terutama dari saya sebagai individu. Walaupun tak dinafikan Uber ni banyak beri sakit kepala kepada pihak pemandu dengan kadar tambang yang terlampau rendah, secara keseluruhannya platform Uber sebenarnya telah memberi alternatif menambah pendapatan sebahagian rakyat Malaysia.

Ingin saya coret sedikit pengalaman saya bersama Uber sejak dari mula iaitu sekitar 3 tahun lepas. Hari pertama saya drive Uber adalah seminggu sebelum hari raya Aidilfitri. Tak disangka hanya memandu selama seminggu saya berhasil mendapatkan lebih kurang RM1000. Pendapatan mingguan tertinggi yang pernah saya peroleh adalah RM3000 lebih seminggu dan lebih kurang RM10 000 pada bulan tersebut. Kini kisah kisah sebegini cuma tinggal kenangan dan chapter baru bersama Grab bakal bermula.

Kesemua pengguna perkhidmatan Uber samada penumpang mahupun pemandu perlu bertukar kepada Grab. Di Malaysia ianya bukanlah asing. Tetapi mungkin jika ada penumpang dari luar negara seperti Jepun yang tidak mengenali Grab agak terpingga pinga ketiadaan khidmat Uber di rantau asia tenggara kini.

Jika anda berada di Johor Bahru dan memerlukan khidmat pengangkutan bolehlah hubungi saya atau install applikasi Grab. Jika anda mahu melakukan booking awal, boleh whatsapp saya di 016-7114304 - Rais.

No comments:

Post a Comment

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...