Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah setahun dah saya menjadi pemandu Uber. Sempena beberapa hari lagi nak puasa, saya nak tulis satu entri sempena setahun saya drive Uber. Hari ni saya nak share sikit la pengalaman menjadi pemandu Uber ni macam mana. So u'll get the idea.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah setahun dah saya menjadi pemandu Uber. Sempena beberapa hari lagi nak puasa, saya nak tulis satu entri sempena setahun saya drive Uber. Hari ni saya nak share sikit la pengalaman menjadi pemandu Uber ni macam mana. So u'll get the idea.
Masa tu dua minggu sebelum raya 2015. Time tu terdesak nak pakai duit..al maklumlah raya kan..mau nya tak pakai duit..hehe..saya tahu mengenai Uber ni melalui kawan kepada suami kawan saya. So lepas buat sikit internet research saya pun install applikasi Uber Partner..(sila daftar di sini dahulu)
Kalau tak silap saya, saya install apps tu hari isnin, arahan untuk hadir taklimat adalah pada setiap selasa dan khamis. So selasa tu memang tak sempat nak pergi, saya pergi hari khamis. Masa saya datang tu, terdapat lagi sekitar 10 orang pemandu baru. Satu persatu driver baru mereka daftar dan interview.
Selesai sesi pendaftaran, seorang staff bertugas akan menerangkan bagaimana mengoperasikan applikasi Uber Partner, apa tatacara perlakuan sebagai pemandu Uber dan bagaimana menjadi pemandu Uber yang profesional. Bahasa komunikasi adalah bahasa Inggeris.
Selesai taklimat saya balik rumah. 1st time beb. Mesti la rasa gugup. hahaha..saya Google YouTube tonton video video pemandu Uber luar negara bagaimana mereka lakukan ketika hari pertama sebagai pemandu Uber. Dari situ saya dapat idea bagaimana seharusnya saya lakukan.
So esok paginya saya online dari rumah kat Skudai. Saya drive ke tempat yang mungkin pada fikiran saya boleh mendapat penumpang pertama. Saya park kat Perling Mall. Tunggu bawah pokok. Tak ambil masa lama untuk dapat request pertama (budak Uber panggil request sebagai 'bip' sempena bunyi apps apabila request masuk).
Rider pertama saya seorang amoi yang nak pergi kerja. Masa tu pukul 9.30 pagi kalau tak silap. Sampai depan rumah, saya call untuk confirmkan alamat rumah. Sesudah depan rumah saya turun kereta dan bukakan pintu untuk beliau. Bila dah masuk semula kereta saya slide start trip dan destinasi rider dipaparkan. Lantas saya terus pilihan navigate untuk bantu saya ke destinasi menggunakan navigasi Waze. Destinasinya tak jauh cuma ke Bukit Indah je. Dia nak buka kedai.
Laluan dicadangkan adalah melalui tol Perling. So jika dalam perjalan tu ada melalui tol, kita yang perlu bayar dulu tol tersebut. Saya bayar menggunakan Touch N Go. Apabila selesai menurunkan penumpang. Resit akan dijanakan oleh apps berdasarkan jarak dan tempoh perjalanan. Ini adalah contoh tambang perjalanan pertama saya ;-) Tambang ni sudah termasuk tol yang saya lalu semasa menghantar penumpang.
Hari pertama saya berjaya buat 7 trip. Tu pun saya tak online lama sangat. Maklumlah..tengah bulan puasa. Saya drive pagi dalam pukul 9am sampai tengahari, kemudian petang pukul 5pm baru sambung semula sehingga waktu berbuka, saya pulang ke rumah.
Rata rata pelanggan Uber saya peramah dan baik, ada juga yang memilih untuk diam. Saya tak kisah. Janji duit masuk. hehehe. Bagi saya memandu Uber ni adalah peluang untuk menambah sedikit wang ketika kita memerlukan. Ianya adalah alternatif menggunakan kapital yang kita sudah sedia ada iaitu kereta sendiri.
Minggu pertama saya drive Uber cuma sempat untuk 3 hari sahaja iaitu Jumaat Sabtu dan Ahad. Jom lihat payment statement saya untuk minggu pertama drive.
Suka saya nak maklumkan bahawa bila kita memandu Uber, Uber menawarkan insentif tambahan selain tambang yang kita peroleh. Salah satu insentif terawal adalah sign up reward. Tapi yang terkini nak dapat sign up reward anda perlu complete sejumlah trip yang Uber tetapkan. Sebagai contoh 25 trip untuk KL manakala JB 50trip.
Selain insentif pendaftaran yang diterima sekali sahaja, Uber juga tawarkan insentif lain. Bagaimanapun insentif ini berubah mengikut masa dan situasi. Sebagai contoh insentif seperti dalam gambar ni adalah insentif untuk bulan Julai 2015, ianya tidak sama dengan Julai 2016.
Apa insentif terbaru saya taknak ceita di sini sebab nanti info tu obsolete dan saya kena update entri ni. Nanti bila anda dah daftar sebagai pemandu anda akan menerima sms dan email dari Uber bila ada perubahan insentif. Dalam sms dan email tu akan diberi link ke blog Uber spesifik ikut bandar mana anda daftar untuk memandu.
Sebab selain situasi dan masa, insentif juga berbeza mengikut bandar kerana berbezaan market. Sebagai contoh Uber menawarkan insentif RM2000 seminggu untuk pemandu KL manakala cuma RM1000 seminggu untuk pemandu JB.
Ok berbalik kepada payment statement saya di atas, anda boleh lihat selain pendapatan tambahan melalui insentif, kita juga boleh dapat lebih melalui surging. Kalau dalam bahasa Melayunya 'pusuan'. Surge adalah keadaan di mana demand melebihi supply. Ayat mudahnya driver tak cukup. So tambang akan naik ikut nilai pekali.
Dalam gambar atas anda nampak 1.3x kan. Maknanya saya peroleh 30% lebih dari tambang asas. Nilai pekali surge ni berbeza. Paling tinggi saya pernah dapat 4.7x. Tambang RM8 saya terima dalam RM30 lebih. Seronok tak? hehe. Kalau tak seronok meh saya tunjuk 2 gambar yang lebih best.
Contoh surging merata tempat |
Contoh jumlah surge yang tinggi hasil dari pengurusan bijak. Untuk fare RM195 kebiasaannya modal petrol adalah sekitar RM40. |
Lepas berpuas hati menerima sebanyak ini untuk 3 hari pemanduan, minggu seterusnya saya drive penuh 7 hari. iaitu seminggu sebelum raya dan ini apa yang saya peroleh.
Waktu tu saya rasa syukur sangat sebab dalam masa 10hari sebelum Hari Raya saya berjaya peroleh hampir RM1450 dengan memandu Uber. Saya tak janji bulan bintang jika anda berminat untuk drive Uber ni sebab nak drive kena bijak. Drive Uber ni bukan macam kerja makan gaji, tapi lebih kepada business. Pengurusan kewangan dan kos operasi kena jaga baru boleh untung banyak. Jika di ikutkan setahun pengalaman drive Uber ni ada banyak. Tak tertulis dengan satu entri. Jika anda ingin mencari alternatif menambah pendapatan, anda boleh mendaftar melalui blog saya dengan klik link di bawah. Apa yang penting? Usaha, rajin dan keep moving on ;-)
Dapatkan RM100 hanya dengan mendaftar sebagai pemandu! (T&C applied)
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan
assalam bro..saya da daftar dan setiap hari ada uber ada hantar mesej dan email lokasi dieorang and suruh bawak dokumen2....jadi saya kene pergi ke lokasi yang diberitahu tu ke untuk wat pendaftaran....tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Jika belum boleh online maka perlu hadiri taklimat tersebut
DeleteAlhamdulillah dah berjaya daftar...esok nak start bawak..tapi masih takut coz tak tahu kat mana nak tekan itu semua.. ..doakan saya ya..
DeleteSalam bro...tu promo code boleh dapat free rides ke?
ReplyDeleteYa betul. Tetapi hanya dapat sekali guna sahaja
DeleteSaya dah daftar. Hopefully lulus. Di area perak. Tunggu approval. Cuma tak sure ada ke tak uber kat ipoh-lumut
ReplyDeleteBro..nak tanya semua jenis kereta yang kurang dari umur 7 tahun boleh buat uber ker? Termasuk axia?
ReplyDeleteBoleh
Deletebang,saya punya dah lulus, tapu bila click Go online, keluar "your vehichle is not allow to operate in Ipoh.
ReplyDeleteMasa register dulu awak pilih bandar mana?
Deletesaya rasa mungkin kt situ saya silap. jadi kalau nak betulkan semula,mcm mana ye.
DeleteSila email Uber utk atasi masalah tersebut
DeleteSy di KL. Hari tu dah daftar tapi x g taklimat sbb kluar video yg pemandu uber kena tahan fgn geng teksi. Jadi x berani pulak. Ade pandangan x saudara?
ReplyDeleteApa yang dilakukan pihak pemandu teksi tersebut sebenarnya melanggar undang2. Menjadi pemandu Uber adalah peluang. Rugi jika dilepaskan. Pemandu teksi sebaiknya bersaing memberi perkhidmatan terbaik bagi memenangi hati penumpang
DeleteNak mintak pendapat, bahaya tak utk wanita jadi uber driver?
ReplyDeleteInsyaAllah selamat kerana semua penumpang adalah berdaftar. Bilangan pemandu wanita kian bertambah kira2 30% dari senarai pemandu yang berdaftar dengan saya
ReplyDeleteSalam bro, ada no. Contact tak Nak tya pendapat & soalan. No no. Sya 0134927419
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Whatsapp saya di 016-7114304
DeleteAssalam ada pemandu dri penang x..bolh tgalkan no fon
ReplyDeleteViva lepas ke kalau nak join uber ni?
ReplyDeleteLepas. Silakan daftar 😊
DeleteKereta saya berumur 13 tahun. Boleh daftar ke?
ReplyDeleteMaksimum 7 tahun. Kalau 13tahun saya rasa tak lepas
Deleteapa yang ditanya semasa interview??kalau tak fasih english boleh lepas ke?
ReplyDeleteBasic English je. Sebab majoriti customer bercakap bahasa English
DeleteAdmin blog. Bole buat entry utk "selepas driver amik penumpang-adakah kita perlu set location dahulu?" atau.. Penumpang memang dah set awal2 semasa dia request uber's driver?
ReplyDeleteDalam blog saya ada entri cara daftar sebagai driver. Dalam entri tersebut saya ada letak Omplete Uber Training Video. Pretty much everthing about running the apps ada dalam video tu 😊 Feel free to watch the video
DeleteSalam tuan.
ReplyDeleteSecara purata, berapa keuntungan dapat sebulan memandu Uber?
Terima kasih.
Jawapan utk soalan tu subjektif. Sebagai contoh saya menerima bersih purata RM1000 seminggu. Tetapi ada driver di KL yg menerima RM2000 purata seminggu. Anggaran sebulan sukar dilakukan kerana kita bebas nak buat bila2 masa. Jika nak cuti seminggu boleh. Kerja seminggu pun boleh
Deletesalam encik , kalau kne tahan dgn pihak berkuasa mcm mana ? pihak uber akan bertanggungjawab ke ?
ReplyDeleteDriver akan diwakili peguam Uber secara percuma berdasarkan pengalaman. Kes sedemikian adalah terpencil dan sangat jarang berlaku. Sejauh ini belum pernah ada masalah dengan penguatkuasa
DeleteBerapa lama akan dipanggil taklimat setelah kita daftar uber. Bantu klu ada jawapan
ReplyDeleteSehari dua selepas selesaikan pra pendaftaran
DeleteSalam..boleh ke register 2 kenderaan berbeza jenis dgn uber?eg persona dan estima.2 kenderaan tu dengan satu nama driver..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh. Tetapi perlu daftar dgn 1 kereta dahulu sebagai permulaan. Sesudah aktif baru boleh tambah kereta
Deletesalam.. betul ke kalau guna myvi(uber x ) ni x mampu jana pendapatan yg gempak dan mudah kena banned/dibuang? sy nk join tp takutla juga kalau kena buang tetiba. huhu
ReplyDeleteUber tidak sewenang wenangnya ban driver melainkan driver melakukan kesalahan serius. Myvi antara kereta pilihan ramai pemandu Ubrr kerana dengan petrol RM30 mampu bawa pulangan sehingga RM120 ☺
Deletebagus admin ni alert dan x berkira nk menjawab soalan. thanks a lot.
Deleteadmin, saya ada soalan terakhir setelah mengkaji dan research .. jika pendapatan sy total earning ialah 1k. ianya belum ditolak dgn petrol sya stiap harikan sbb petrol kena tpup duit sndri dlu? so klu 1k shari anggaran mnyak rm30x6=180 jadi sy akan dpt bersih rm720 ye? berbaloi ke admin. sy dh siap dokumen semua cuma x g lagi je sbb takut x untung.
DeleteJika dengan modal RM180 boleh mendapat keuntungan RM720 adakah tidak berbaloi pada anda? 😊 Selain tambang, pendapatan driver juga di support oleh insentif. Untul KL insentif mingguan adalah RM1994. Jika anda online semua jam jaminan. Dengan modal RM180 tu anda boleh peroleh hingga RM2000 seminggu.
DeleteOk..jika saya mendaftar untuk uber di kl adakah bermakna kita boleh buat services lokasi penghantaran di sekitar kl shj atau boleh juga terlebih sedikit luar kawasan spt selangor dan kwsn sekitar yg berdekatan?dan jika menggunakan kenderaan recon yg tahun dibuat pd 2011 dan di daftar pd tahun 2016 dikira kereta baru atau sudah berusia 5 tahun oleh uber?
ReplyDeleteKita boleh hantar liar Selangor tetapi sebaiknya jika hantar luar Selangor, kita deal lain tidak menggunakan Uber kerana Uber ada core services area. Fare Uber adalah rendah dan jika keluar dari KL balik kosong sebab luar KL takda orang guna Uber.
DeleteKenderaan 2011 masih boleh berdaftar.
Salam bro. Isteri saya berminat nak daftar Uber. Kami nak tau, kalau kereta yang didaftarkan tu atas nama saya boleh ke dia jadi pemandu Uber? Saya dan isteri bertukar kereta kerana kereta dia kereta lama, kereta saya tahun 2012. Dia nak jadi pemandu Uber pakai kereta saya, boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh xda masalah. Yang penting dalam cover note insuran tu ada nama wife encik
DeleteAs salam saya nak tanya berapa komisen yang Uber amik dari driver? Saya dapat tahu komisen nya berbeza kalau kita dapat Uber X dan Uber XL betul ke?
ReplyDeleteT/kasih.
Uber ambil 25% tetapi dalam masa yang sama Uber menawarkan insentif yang tinggi. X dan XL kini sama. Hanya driver lama dikekalkan Uber fee 20%
DeleteUtk daftar ade kene kan bayaran x?
ReplyDeleteTidak dan ya. Tidak dikenakan bayaran jika anda selesaikan pendaftaran dalam tempoh seminggu iaitu isi borang, upload semua dokumen dan update no akaun bank.
DeleteTetapi jika selepas seminggu isi borang masih belum upload dokumen, anda akan dikenakan background check sebanyak RM25. Caranya Uber akan tolak RM5 seminggu selama 5 minggu dari payout mingguan anda.
UPDATE NO AKAUN BANK TU KAT BAHAGIAN MANA YA... MEMANG PERLU KE..???
DeleteCan Alza register under uber x categories ?
ReplyDeleteAlza automatically eligible for Uber X and Uber XL
Deleteada group whatsapp untuk geng2 uber area JB X ? ape2 hal senang sy dpt info .. baru nk start bwk ni .. huhuhu
ReplyDeleteAda. Siapa nama masa daftar?
Deleteboleh invite sy x ? boleh dpt info2 nnt kt area jb
DeleteAssalam.. kalau plat kereta saya kl, saya guna untuk meng uber di jb boleh ke? Atau kene pakai kereta plat johor? Tq admin!
ReplyDeleteTak kisah plat negeri mana. Asalkan masa daftar. Pilih bandar JB
DeleteCondition kereta mesti tip top ke?
ReplyDeleteYe.
DeleteAssalam...klu driver perempuan..blh x kita nk set penumpang perempuan shj...so lelaki xde la request...
ReplyDeleteTidak terdapat option sebegitu dalam apps
DeleteAssalam tuan.. Saya xmahir berbahasa enggeris.. Ada peluang ke untuk saya join uber ni?
ReplyDeleteCuba jaya. Tak pandai boleh belajar sampai pandai 😊
Delete😂😅 nyesal dulu xblaja rajin2.. 😭
DeleteBro boleh bgtau bila uber akn start bayar utk bayaran mingguan?..saya baru start drive minggu ni isnin-rabu..boleh tolong add sekali dlm group wasap 0173407300
ReplyDeleteAccounting cycle dia isnin 4am sampai ahad 4am. Duit akan masuk minggu berikutnya seawalnya rabu selewatnya jumaat
DeleteAssalamualaikum.. Sy uber partner yg bru. Salam perkenalan. Maaf cek... Video yg dikirim sy dh tgok.. Tp krg paham mksud x n xl tu.. Then sy daftar dr sorg rakan fb.. Xde pulak dia info psl kursus.. Mcm mana ye?
ReplyDeleteharga ikut jenis kereta jugak ke ? ke ikut jarak perjalanan je ? tq
ReplyDeleteIkut kategori dan ikut meter
Deletekereta jnis compact mcm swift qualified ke encik?
ReplyDeleteHi saya berminat. bila next session yer. last hari tu bulan 6. Sy baru keluar axia dan ingin buat selepas waktu kerja 8.30mlm ke 12 Mlm.
ReplyDeleteMaksud sy briefing session. Sy pilih di JB
DeleteDi sarawak dah ada uber nie juga ke
ReplyDeleteSarawak belum ada. Tapi di Kota Kinabalu baru diperkenalkan. Mungkin pada masa akan datang
Deletesalam tuan... nak tny kalau daftar atas nama isteri tapi kereta saya kemudian yang driver tu adalah saya boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dengan syarat nama encik dalam sekali dalam cover note insuran
DeleteBro, boleh add di group whatsapp Fandy.
ReplyDeleteSy bw honda civic Fd 2.0 adakah caj sama?di area jb..
ReplyDeleteSama
Deletekalau vellfire sama jgk ke??sy ada vellfire dan persona...ingt nk daftar dedua dan bleh ke daftar skali dgn grab(yg ni kwn tanye)
DeleteAda sesiapa yg dr group whatsapp uber partner penang? tolong add sy 013-3949526.
ReplyDeletetolong add saya sekali tuk uber partner penang..wan 019-942 6454
DeleteTlg add sy sekali tuk uber penang...eddy 012-5110170 ....tq
DeleteSalam bro. Biasenya uber deposit bayaran kepada driver bile ye?
ReplyDeleteSetiap Rabu. Jika tiada rabu, khamis or Jumaat selewatnya
Deletesalam encik...klau kereta ada calar2 kemik2 kecil msih dtrima ke utk jdi driver uber ni??
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh tiada masalah
DeleteSalam encik. Kalau takde kereta sendiri boleh sign up jugak ke nak jadi driver?
ReplyDeletePerlu ada kereta baru boleh sign up
Deletemenarik post dari bro. saya pon start jadi driver uber dah. kecil2an. mohon tunjuk ajar :)
ReplyDeleteSalam en. Rias, mcm yg en. Rusydi tanya soalan sy lebih kurang je, kalau tak ade kerta sendri dan guna kerta kawan atau saudra bole ke register jadi pemandu Uber ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dengan syarat nama cik ada dlm cover note insurans sbg pemandu kedua atau seterusnya
DeleteSalam.saya dapat mesej akaun saya aktif dan saya dapat online.tapi saya tak pernah dengar taklimat tu.macam mana ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh terus online. Tonton dulu di youtube video Complete Uber Training Video dan Uber Cash Training Video. Basically training tu cuma menerangkan video tersebut
DeleteSalam. nak tanya, ade tak possibility untuk kena "serang" or "ganggu" oleh pemandu taxi yang nampak kita buat Uber ni ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kena pandai jaga diri sebab mereka biasanya serkap jarang. Jika berlaku kes maka wajib laporkan kepada polis dan Uber supaya kita dilindungi.
DeleteSalam tuan, apa itu uber fee dan bagaimana pengiraannya kalau customer bayar secara cash kepada kita?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Uber fee tu yuran Uber. Untuk trip cash, kita collect 100% fare tapi Uber fee akan ditolak dari payment mingguan iaitu trip kredit
Deleteapa maksudnya Uber fee akan ditolak dari payment mingguan iaitu trip kredit? contohnya kita dapat one customer rm100. so rm100 ini kita akan dicharge 25% as yuran uber ke? sorry sebab x paham sangat uber ni dan berminat nak join.
DeleteSlm admin..no Tanya.sy pemandu uber baru lg.da.dpt buat 2 trip setakat minggu ni.sy pilih payment banking.set 1 minggu sekali..dpt msg Dari uber.duit da deposit.tp bila check Akaun xde lg.mmg 1st payment lmbt ye.tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sistem dia macam ni. Tambang kredit akan dikumpulkan dari Isnin sampai Ahad. Kemudian Rabu/Khamis/Jumaat minggu berikutnya baru Uber bank in.
DeleteSalam tuan, saya nk tanya.. Kereta saya honda city tahun 2007.. Boleh register ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Uber tetapkan maksimum 8tahun. Maka daftar 2016 maksimum tahun 2008
DeleteSalam admin. Saya ada 2 kereta. Nak join uber tp xde masa sgt. Boleh sewakan kereta pada uber ke? Cmane cara? Kereta almera setaun..ada link tak utk rujukan? Thanks admin
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Uber takde buat sistem macam tu
DeleteSalam en rais. Suami sy berminat utk daftat uber tap die nak buat malam sahaja area sepang sebb siang nak jaga anak. Ape pendapat en tentang pendaptan nnt. Adakah berbaloi jika buat malam shj. Mungkin buat di area sepang dan nilai.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Saya drive utk JB. Jadi saya tak pasti permintaan utk area sepang. Yang pasti KLIA Uber cover. Boleh cuba daftar dan operasi dahulu lihat bagaimana
DeleteSalam. Boleh dan sangat berbaloi jika buat kat klia.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Fare dikumpul dari isnin hingga ahad. Minggu berikutnya baru Uber bank in berserta insentif jika ada
DeleteSalam. Kalau daftar uber tapi guna kereta org lain atas persetujuan boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dengan syarat ada nama anda dalam cover note insuran
DeleteSalam... nak tanya.. kenapa bila go online kluar ayat ni " your vehicle is not allowed to operate in undefined "
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sila email Uber utk selesaikan masalah tersebut. Kemungkinan kesilapan teknikal
DeleteBleh saya tahu apa email uber?
ReplyDeletepartner.namabandar@uber.com
DeleteNama bandar tu kena letak bandar mana awak daftar. Guna email yg berdaftar dgn Uber. Kalau tak Uber tak kenal anda
Salam bro.
ReplyDeleteSaya ada viva 1000cc.
waktu register tu team uber JB ada hantar email.
minimum requirement untuk kereta tu kena ada kereta 1.2ltr.
so nak tanya betul ke viva boleh join uber?
Sebelum ini boleh. Mungkin disebabkan ada model baru seperti Axia
Deletesaya dah daftar tapi macam takut nak online .saya risau driver teksi buat kacau pulak.macamana ye.saya area KL/Selangor.
ReplyDeleteJauhkan dari teksi dan tawakal 😄
DeleteSbg penumpang camna nk menggunakan perkhidmatan uber ni ye?perlu contact apa ye
ReplyDeleteCik start baca dari sini. Kemudian ikut link berikutnya dalam entri tu
Deletehttp://akupemanduuber.blogspot.my/2015/07/bagaimana-cara-mendaftar-uber-rider.html?m=1
salam saya nak tanya ada x pemandu uber sekitar kuantan? urgent
ReplyDeletesalam saya nak tanya ada x pemandu uber sekitar kuantan? urgent
ReplyDeleteLesen P boleh apply tak?
ReplyDeletesalam cik..adakah grab car dan uber syarikat yg sama. apa perbezaanya. sekarang ada trend pemandu ubrr beralib ke grab.
ReplyDeleteSalam saudara, saya ingin mengetahui adakah perkhidmatan uber di Kuching dan kota samarahan. Terima kasih
ReplyDeleteSalam bro. Nak tanya sikit. Saya ada buat uber dalam 2 minggu. Takde pulak dpt surge sampai beratus2. Kadang2 bila perjalanan hampor 30 min fare baru belas2 ringgit. Tak faham lah dgn uber ni
ReplyDeleteSalam. Awak kena baca, kena study sistem insentif dan kena faham. Kemudian kena drive dgn strategi
Deletesalam bro...kalau saya nak daftar 2 lokasi yang berbeza seperti kl dan johor boleh ke....
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sistem tak benarkan
Deletecamne pula kalau dah daftar, tp x dpt lg any reply dr email atau sms, takde kod lg.ada mana2 nak check?
ReplyDeleteJika anda sudah melalui proses pendaftaran. Secara automatik komputer akan hantar email dan sms. Jika tidak menerima apa2. Sila cuba daftar semula. Boleh jadi ada masalah connection semasa pendaftaran anda
Deletedh daftar uber.
ReplyDeletenak tanya, kita akan dikenakan charge 25% bagi customer yang bayar melalui akuan uber. bagaimana kalau customer yang bayar cash? kita akan dapat full payment ke atau sama jugak dikenakan 25% oleh uber company?
ReplyDeletecustomer tak boleh bayar cash. semua online. cashless.
DeleteUntuk cash trip. Kita ambil 100% dari cash. Uber fees akan ditolak dari payout mingguan. Jika deficit bank payout, sistem akan carried forward minggu seterusnya.
Deleteas salam boleh ajar saya jdi uber tak?
ReplyDeleteAssalam bang..tumpang tanya..saya baru dpat lesen dlm 2-3 bulan gitu..boleh ke sy memohon untuk bawa uber?and berkenaan kereta pula,kereta tu atas nama arwah abah sy..insurans pun..boleh ke daftar kereta tu jadi kereta uber?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Lesen P tak boleh jadi driver Uber
DeleteSalam nak tanya... kalau teksi daftar uber boleh ke? Tapi mnggunakan app uber... meter guna sebagai syarat je..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Saya tak pasti mengenai itu sebab Teksi boleh menggunakan applikasi Grab
DeleteAsSalam, saya dh register akaun dah aktif tp bila nk online, keluar msg "Your vehicle is not allowed to operate in undefined"
ReplyDeleteMohon bantuan tuan.
Salam. Anda perlu email Uber utk betulkan kesilapan tu. Technical error
DeleteAssalam... Boleh saya tau ada x no wasap or no contact untuk uber jb?
ReplyDeletesalam.... biasanya customer akan bayar by cash or kaedah lain?
ReplyDeleteada risiko x bawa uber ini?
Waalaikumussalam. Cash atau kredit, rider boleh pilih.
DeleteSalam admin
ReplyDeleteApa maksud drive dgn strategi tu..boleh bg contoh tak..
Waalaikumussalam. Study sistem insentif dan make sure qualified for incentive. Jangan drive tanpa study apa2
DeleteSallam Admin,
ReplyDeleteNak tanya, Toyota Vellfire boleh bua Uber tak?
Waalaikumussalam. Boleh
Deletesalam bro.. apa beza uber dgn grab??
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Syarikat berbeza. Sistem lebih kurang sama
Deleteassalamualaikum, honda city termasuk dlm uber X atau uber biasa???
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Uber X
DeleteAssalamualaikum..Tumpang tanya yer,
ReplyDeleteSebagai pemandu UBER, di beri slip gaji juga ke? untuk memudahkan proses permohonan pinjaman dengan bank perlu slip gaji.
Ada payout statement mingguan di partner dashboard
Deleteoo terima kasih atas penjelasan tuan.
DeleteSalam..saga FLX masuk dlm category uber ape yer?saya berminat nak daftar..dia tak semestinya kena hari2 kan? sbb saya pon bekerja jugak 9 pagi sampai 6 ptg..tq :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Uber X. Bebas ikut kita nak drive bila
Deletesalam tuan,
ReplyDeletesy baru register & nak main kl & shah alam area..jika lalu tol..uber partners app terus detect ke skrg? atau rider kena bayar utk tol?
Waalaikumussalam. Tol sepatutnya akan automatik termasuk dalam fare. Sila semak setiap trip lalu tol adakah termasuk tol. Jika apps xdetect tol. Maklumkan rider dan claim
Deleteokay..dan lagi satu..jika saya buat uber di shah alam..client suruh anta ke KL..sy patut end trip di KL ..atau bile patah balik ke shah alam?
DeleteEnd trip bila rider turun. Awak boleh stay di KL lepas drop rider. Tu cara paling efisyen drive uber
DeleteSalam, saya nk tanya. Saya dah register uber ni dan dipanggil utk temuduga. Tapi persoalannya saya pemegang lesen P, boleh ke ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Setahu saya tak boleh
Deletesalam..sy nak tanya.. uber nk kena pakai kereta sendiri ke? kalau pinjam kereta family macmmamna?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dgn syarat nama anda ada dalam cover note sebagai pemandu tambahan
DeleteBestnya drive uber ni, banyak insentif pulak tu
ReplyDeletebayaran setiap perjalanan kita terima cash ke dr penumpang ke? apa bayaran yang perlu kita bayar kepada pihak Uber pula?
ReplyDeleteAda cash fan ada credit. Uber fee ditolak dari payout mingguan iaitu dari credit trip plus insentif
DeleteSalam saya nak tanya..if guna coupoun yg pihak uber bg nnt dia akan tolak ke driver uber ke..maksud saya driver uber mana yg ambil penumpang yg guna coupan so akan tolak ke atas dia..misalnya trip rm30 bila ada pasenger yg guna coupon so rm10 so dia akan tanggung ke atau pihak uber akan bayar kembali ke acc driver uber..maaf tuan ..sbb bit confuse psl ni
ReplyDeleteUtk trip credit. Rider bayar ikut apa yg appear kat apps mereka iaitu less promotion. Kat apps driver still akan dapat full fare. Utk trip cash. Driver terima cash selepas tolak promotion. Kos promotion uber akan top up pada driver
DeleteAssalammualaikum tuan.. Leh bg tips sket x mcm mana nak study guarantee hour tu.. X paham sgt. Kalau kite on9 1 jam mmg uber akan bayar ikut jam tu ke? Bermakna tambang yg kite dpt lain.. Fare lain.. Atau sekali je.. Tq
DeleteAssalamualaikum tuan..sy bru register,nak jd driver uber mmg kne pegi temuduge ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..sy bru register,nak jd driver uber mmg kne pegi temuduge ke?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam.. Sy br je daftar jd pemandu uber. Pg register dlm kul 9 pg.. Kul 4 ptg dpt email dr uber mengatakan dh certified jd driver. Xde temuduga pun skang ni.. Janji masa upload document tu semua jelas, ic, lesen dan covernote insurans.
DeleteSalam tuan..
ReplyDeleteToyota hilux boleh buat uber x?
Salam tuan, saya sudah mendaftar sbg pemandu uber..semua particular dan dokumen sdh sy isi..tp smpi skrg sy blm dpt ape2 pggln interview dari uber..jadi saya perlu tunggu dulu sehingga dipggl oleh uber ataupun sy dahblh mulekan hidup sbg pemandu uber?
ReplyDeleteCheck email tuan ade x email dr uber mengatakan tuan dh layak. Kalau dh boleh je terus drive bukak app uber partner dan akan keluar peta bersama location kita maka boleh bermual
Deletejadinya tak perlulah nak tunggu interview uber?
DeleteSalam bos....saya dah scan insuran cover note....kenapa dia lama nak approve...boleh ke kita pegi office dia terus....
ReplyDeleteBetter tuan email atau call uber.. Sbb sy punye pg register ptg dh certified..
DeleteSy sebagai pemandu uber kl sudah completely 25 trip adakah rm250 terus dikreditkan dlm akaun sy?
ReplyDeleteSalam tuan Rais, boleh share kan email address uber x? Coz sy pon dah register online semalam, tp blom dpt apa2 response dr pihak uber. Terima kasih
ReplyDeleteAs salam saudara..boleh yg pm saudara tak??ade perkara personal sy nk tnya..harap dpt membantu
ReplyDeleteAssalam..apa kbr Tuan..ble kenal atau linkkan dgn pemandu2 uber di kota kinabalu..bertukar-tukar maklumat.sbb KK masih baru..dan pelancong semakin ramai ke sabah..khususnya KK.Tkasih tuan
ReplyDeleteAssalam..apa kbr Tuan..ble kenal atau linkkan dgn pemandu2 uber di kota kinabalu..bertukar-tukar maklumat.sbb KK masih baru..dan pelancong semakin ramai ke sabah..khususnya KK.Tkasih tuan
ReplyDeleteSalam encik. Sy adalah pemandu Uber. Boleh tolong masukkan 0149406400 dalam group whatsapp Uber JB? Senang untuk share apa2 update atau info. Terima kasih :)
ReplyDeletekereta satria neo dua pintu boleh ke jadi uber?
ReplyDeleteassalaamualaikum tuan.. boleh kah menjadi driver uber hanya pada weekend? maksud nya, nk drive 2 hari ja seminggu? sbb weekedays sy terikat ngan kerja skrg..terima kasih.
ReplyDeleteSalam tuan, kalau perjalanan melalui tol adakah bayaran tol itu td disertakan ke dalam payment penumpang @ bayaran tol tu driver terima cash dari penumpang.
ReplyDeleteSaya dh boleh drive. Tp, lgsg tak fhm payment. Payment cash ke??
ReplyDeleteSaya dh boleh drive. Tp, lgsg tak fhm payment. Payment cash ke??
ReplyDeletesalam encik, saya tanya 1 kereta boleh ke guna 2 nama driver uber sebab cover insurans kereta ni cover untuk 2 nama saya dan suami..Ingat kami nak jd pemandu uber sama2. Bila dia free dia yg drive & bila sy free sy plk yg drive urk menjd pemandu uber?
ReplyDeleteBro , kalau kereta viva 8 tahun lepas tak ? Lebih satu tahun je :(
ReplyDeleteAssalam..wahh seronok uber ni tapi area melaka blum ada pulak..sabaw je la hehe
ReplyDeleteAdmin sy nak tanya kereta sy viva dah lebih 8 tahun boleh lagi ke? Tq :)
assalamualaikum,saya nak tanya,kalau lepas kita hantar pelanggan uber ke destinasi dan tiba2 lepas itu ada org tahan kita nk menggunakan perkhidmatan(nak hantar ke tempat lain),ada masalah ke dengan SPAD atau lain2 agensi atau dgn Uber sendiri,maknanya pelanggan itu bukan dari Uber
ReplyDeletemohon penjelasan,saya dah daftar nama cuma tak masukkan model kereta lagi,nak confirmkan syarat2 dan prosidur dulu...memang berminat sangat,tq
assalamuaalaikum Tuan. Saya telah mendaftar di bawah Tuan. Telah dapat email utk download application. Apa yang perlu saya buat selepas ini?
ReplyDeleteSalam tuan, saya dah register dan dapat msg dr uber..cumanya saya tak start lagi sebab sy xde dpt apa2 pangilan interview atau briefing tetamg uber ni lagi.. ke saya boleh start je tanpa interview tu.
ReplyDeletetq tuan
Sya dah jadi pandu uber...tapi cuma ambil part time jer dulu...cuma saya masih terfikir...adakah uber ni sdh diluluskan jpj ke blm...sebab kita guna kereta sendiri...
ReplyDelete