12 November 2017

Panduan Untuk Pemandu Yang Baru Daftar Uber - Cara Kerja + video

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda membaca entri ni, anda mungkin baru berminat untuk tambah pendapatan melalui Uber atau anda sudah menjadi driver tapi masih tercari-cari panduan bagaimana untuk menjadi seorang pemandu Uber yang kompetitif. Tidak seperti ketika saya mendaftar sebagai pemandu suatu ketika dahulu, pemandu baru kini lebih mudah mendaftar tanpa perlu hadir sebarang taklimat. Kesannya ramai juga pemandu baru yang tiada idea bagaimana nak bermula. So saya nak share sikit la sedikit sebanyak sebagai guideline untuk anda sebagai pemandu baru.
Guideline yang Uber bagi

Pertama - Persediaan sebelum memulakan hari

Sebagai pemandu baru, anda perlu sediakan kenderaan anda dalam kondisi terbaik untuk pengalaman penumpang yang bagus. Kereta hendaklah bersih dan tidak berbau busuk atau terlampau wangi, petrol full tank setiap hari sebelum mula drive. Pakaian hendaklah kemas dan elakkan kereta dan tuan badan berbau kuat. Car charger adalah benda wajib untuk elakkan handphone anda kehabisan bateri. Handphone holder juga penting untuk anda lihat navigation. Duit kecil untuk baki tambang perlulah disediakan setiap masa kerana pelanggan yang membayar tunai kian bertambah setiap hari. Lagi banyak anda simpan wang tukaran lagi bagus. Macam saya floating harian RM100. Selain tu saya juga standby Febreze dalam kereta sebab ada penumpang yang badan dia meninggalkan bau seperti budak sekolah baru balik sukan. So secara rumusan, ini persediaan harian anda:
  1. Kereta bersih luar dalam
  2. Kereta tidak berbau
  3. Full tank
  4. Pakaian kemas
  5. HP charger
  6. HP holder
  7. Duit kecil
  8. Febreze
Kedua - Apa perlu dilakukan bila menerima bip penumpang

Perkara pertama sekali anda perlu lakukan adalah menelefon penumpang tersebut untuk confirmkan pick up point secara detail. Jika boleh berhenti sebentar andai kata anda sedang memandu ketika itu. Sebab apa perlu call untuk confirm? 
  • Penumpang gagal letak pin point yang tepat. Kes pick up point tidak tepat biasanya berlaku di kawasan besar seperti pusat beli belah, airport, terminal bas, tepi jalan kedai/ restoran/ bengkel dan lain-lain
  • Penumpang mempermainkan pemandu (you know who they're)
  • Penumpang tertekan request tanpa sedar (saya pernah kena)
  • Confirmkan no rumah
  • Confirmkan kita on the way nak pick up mereka. Rider ni ada jenis yang tak sabar. Kita on the way dia boleh pergi cancel lepas tu request baru dapat kat kita semula. So remind rider jangan cancel trip
Bagaimana cara nak hubungi penumpang? Protips -  Bagaimana jika penumpang anda itu pelancong negara luar dan no HP mereka no luar negara? First anda save no luar negara rider tu dalam HP. Lepas tu anda boleh whatsapp atau whatsapp call rider tersebut.

Hello Ruud Caris. Im Rais your Uber driver. I would like to confirm your pick up location. Bla bla bla

Ketiga - Cara menerima penumpang

Selepas confirm pick up point bolehlah anda terus ke destinasi dia menggunakan bantuan navigasi jika anda tidak mahir jalan. Adakah anda perlu buka pintu untuk penumpang? Kalau ikut Uber guideline kita disyorkan buat. Tapi sebenarnya ia bergantung pada situasi. Pada saya:

Bukakan pintu - 
  • Jika pick up depan rumah rider dan rider belum keluar rumah
  • Pick up di lobi hotel. Kalau kita bukakan pintu nampak profesional sikit. Biasanya kita tolong loading bag ke dalam boot. Adakalanya di hotel mewah, pekerja mereka yang berada di lobi yang tolong bukakan pintu dan loading bag untuk penumpang
  • Pick up di airport. Bergantung pada lokasi kita pick up. Kalau depan2 brother teksi cukup sekadar loading bag sahaja. Pintu biar rider buka sendiri
Rider buka sendiri - 
  • Bila rider nak turun.
  • Bila di kawasan tidak boleh berhenti seperti lobi pusat beli belah
  • Bila rider dah tunggu tepi jalan ketika kita tiba
  • Kawasan teksi dan bus stop
Keempat - Bila rider dalam kereta

Sebelum rider masuk kereta, kita disyorkan untuk pastikan udara dalam kereta nyaman. Tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Radio siap-siap preset ke 92.4FM. Radio klasik. Frekuensi ni kira universal la kalau penumpang kita tu orang Arab ke, Jepun ke, German ke. Kalau penumpang Melayu saya layan Sinar je. hehehe.

Sesudah rider masuk dalam kereta kita sapa mereka secara sopan. Confirmkan nama rider mana tau kita salah pick up rider. Pernah jadi bukan tak pernah. Terutama kat tempat sesak. Mungkin ada lebih seorang rider yang request di tempat sama. Yang datang pula dua buah kereta yang sama model sama warna tapi berbeza no plate. Rider lak main naik je. So confirmkan nama rider ok.

Lepas confirm nama rider boleh slide start trip dan confirmkan sekali lagi destinasi rider jika rider dah masukkan alamat destinasi. Jika belum anda boleh tanya dan anda masukkan sendiri melalui apps anda atau anda minta rider masukkan ketika itu supaya anda boleh navigate. Anda juga boleh minta rider tunjukkan jalan jika mereka tahu arahnya atau jalan pintas.

Kelima - Kenali trip tunai atau kredit

Adalah penting untuk anda sebagai pemandu baru mengenali sama ada trip yang anda accept tu tunai atau kredit. Jika ianya tunai dan anda tidak mengutip tunai diakhir trip maka anda berada dalam masalah. Secara ringkas anda boleh menonton video yang Uber sediakan ini mempelajari mengenali trip tunai atau kredit.



Keenam - Menurunkan rider

Ada beberapa perkara penting yang anda perlu titik beratkan semasa menurunkan penumpang. Pertama bertanya di mana penumpang mahu diturunkan. Jika di rumah mereka tiada masalah. Tetapi jika di pusat beli belah yang mempunyai beberapa pintu lobi mungkin penumpang mahu turun di lokasi tertentu.

Setelah berhenti, slide end trip. Jika trip tunai maka kutip jumlah tunai yang tertera berserta baki jika ada. Saya suka trip tunai kerana ada penumpang yang bermurah hati memberikan lebih wang. "Keep the change". Ayat keramat yang boleh buat muka senyum lebar. hahaha

Kedua, sebelum penumpang turun atau sebelum anda berhenti make sure anda remind penumpang untuk memastikan tiada barang kepunyaan mereka teringgal di seat belakang seperti payung dan lain-lain. Kita semestinya tidak mahu ada barang berhanrha penumpang yang tertinggal di dalam kereta kita. Jika berlaku juga anda boleh tekan need help pada trip tersebut dan maklumkan Uber melalui applikasi Uber Driver tersebut. 

Saya sarankan anda explore setiap pilihan menu dalam applikasi Uber Driver anda supaya anda tahu apa pilihan yang anda ada jika ada apa-apa masalah terutama bahagian need help tu. Sekian untuk entri kali terima kasih. Akhir entri mari saya kongsikan video panduan cara menggunakan applikasi Uber yang Uber sediakan.



Dapatkan RM100 hanya dengan mendaftar sebagai pemandu! (T&C applied)
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan


Dapatkan rides percuma bernilai RM60 dengan kod promo 
EE2S2UE - INI CARANYA

No comments:

Post a Comment

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...