07 July 2015

Kelebihan Menggunakan Uber

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Untuk entri kali ni, saya nak senaraikan kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber. Secara tradisional bila kita menggunakan khidmat teksi, antara isu berbangkit adalah:



1- Menunggu di luar dan ikut nasib. Kalau ada teksi lalu cepat la dapat bergerak, kalau tak sebaliknya la kan.

2- Tidak tahu anggaran tambang sebelum menaiki teksi. Ni antara perkara seram yang sering ditakuti penumpang. Terutama jika dalam bandar jarak dekat dan berlaku kesesakan.

3- Pemandu teksi tidak terikat dengan etika. Maknanya jika pemandu teksi buat salah, ia tidak memberi kesan kepada kelayakan untuk terus memandu.

4- Penumpang tidak tahu jarak terpendek untuk ke destanasi supaya dapat meminimumkan tambang

5- Perlu menyediakan tunai secukupnya atau duit kecil in case pemandu teksi tiada duit tukaran

6- Meter teksi boleh diubahsuai. Tapi dah 2015 masalah ni rasanya dah tak wujud kot.

7- Ada segelintir pemandu teksi enggan menggunakan meter dalam situasi tertentu

8- Pemandu teksi reject destinasi tujuan jika tidak menguntungkan seperti traffic jam

9- Tambang ikut kepala dalam kes joint rides (normally student
 jjjujb.bgi


 . Contoh A ke B RM20. Kalau driver nak tunggu penuh kereta dia dapat 4 kepala darab rm20

Berbeza dengan Uber yang menggunakan tagline "Everyone's Private Driver", kualiti perkhidmatan pemandu Uber lebih tinggi berbanding teksi bajet tetapi pada harga yang lebih rendah. Jom kita lihat satu persatu apa kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber yang menjadikan ia pilihan semakin ramai orang.

1- Rider boleh request on demand. Maknanya bila anda dah siap siap bersolek, anda boleh terus request pemandu Uber sambil tonton Astro. Nanti Uber sampai depan rumah baru keluar. Bagus tak?

2- Bila anda buka aplikasi Uber, anda boleh lihat kedudukan terkini pemandu dan jumlah mereka. Bila request anda diterima, anda boleh lihat ia bergerak menghampiri anda. Anda tahu berapa lama lagi pemandu anda akan sampai (ETA) dan anda tahu jika dia sesat. hahaha
Anda boleh lihat secara live jumlah pemandu Uber yang terdapat berhampiran anda. Jika tiada, jangan risau. Request sahaja kerana sistem akan mengarahkan pemandu-pemandu supaya bergerak ke kawasan anda

3- Anda tahu tambang yang bakal dikenakan sebelum anda menggunakan khidmat tersebut. Boleh semak di sini untuk daerah Johor Bahru, KL dan Penang. Nak tahu bagaimana kadar tambang Uber dikira? Klik link. Kadar tambang adalah tetap dan tidak akan berubah kerana segalanya automatik. Peace of mind.


Ni Contoh tambang dari Senai airport ke JB Sentral (29.7km)
Ni contoh tambang. Jusco Bukit Indah ke Taman Kobena akan melalui tol. So total RM12 tu termasuk tambang tol.
4- Pemandu Uber terikat dengan kod etika. Setiap kali selepas selesai menggunakan perkhidmatan Uber, rider wajib bagi rating kat perkhidmatan pemandu tersebut dari skala 1 hingga 5. Pemandu dengan rating rendah (bawah 4.6 rasanya) akan hilang kelayakan mendapatkan insentif tunai. So semua pemandu Uber adalah pemandu yang sopan, smart dan baik sebab nakkan insentif tunai tu. Siapa taknak duit kan?. Setiap pemandu Uber digalakkan buka pintu untuk rider. Tapi ada juga rider yang nak cepat dan buka pintu sendiri bila kereta sampai.

5- Applikasi Uber berintegrasi dengan peta Google maps atau waze. So anda boleh lihat sendiri jarak dan laluan yang disediakan. Tapi jika anda ada shortcut yang anda mahu pemandu anda gunakan, tak jadi masalah untuk anda tunjuk arah.

6- Sistem Uber menggunakan pembayaran elektronik. So anda tak perlukan tunai untuk menggunakan khidmat Uber. Tak perlu risau masalah tak cukup duit atau tiada tukaran wang kecil.

7- Anda boleh menikmati perjalanan percuma dengan berkongsi kod referral anda pada rakan rakan atau menggunakan kod kod promosi yang diberikan Uber melalui sms. Contohnya kod saya EE2S2UE. Selain itu, tambang Uber juga murah.
Masukkan kod EE2S2UE kat bahagian Promo Code
8- Pemandu Uber terikat dengan acceptance rate untuk menikmati insentif tambahan dari Uber. So menolak request dari rider adalah sesuatu yang cuba dielakkan pemandu.

9- Kereta Uber lebih cantik, bersih dan selesa. Seperti kereta saya Proton Preve yang baru berusia 7 bulan 😊. Syarat untuk kereta Uber adalah 1300cc ke atas, tiada modifikasi, tiada cacat cela kemalangan, bersih, air cond berfungsi, tidak berbau dan usia kereta maksimum 7 tahun. Ada pemandu yang menggunakan kereta-kereta mewah.

10- Alternatif selain teksi dan bas. Lagi banyak alternatif pengangkutan lagi bagus betul tak?

11- Kita akan menerima no HP pemandu tersebut, sangat berguna bila pemandu sesat tak jumpa kita contohnya bila kat bandar.

Dalam entri akan datang, mari saya kongsikan tips bagaimana nak dapat trip percuma berkali kali dengan Uber.


Dapatkan RM100 hanya dengan mendaftar sebagai pemandu! (T&C applied)
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan


Dapatkan rides percuma bernilai RM60 dengan kod promo 
EE2S2UE - INI CARANYA

23 comments:

  1. Buat. Blog ni cuma untuk memperkenalkan Uber kepada rider. Jadi saya tak plan untuk bercerita lanjut dari sudut pemandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, nak tanya tentang uber ni.. Banyak tak boleh buat profit? Saya ada kereta tahun 2008, boleh joint ke? Kalau tak keberatan akak boleh email dkt saya di sflmhmd@gmail.com

      Delete
    2. Salam.. kak, nak tanya tentang ubar ni.. kalau ada lesen tapi xda kereta.. bole ke kak?

      Delete
  2. salam..sy memerlukan pemandu uber pada pukul 5.30am dr taman sri pulai menuju ke senai airport on 3/5/16 ..ade ke pemandu uber pada waktu ersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu Uber biasanya start jam 7am. 6am pun jarang ada mula apatah lagi 5.30am. Tapi jika cik benar2 memerlukan boleh PM saya 016-7114304

      Delete
    2. Sy bru 2 ari join as uber driver. Ati mmg brdebar stiap kli mmndu.. rezeki msing2 insyaallah. Pompuan pon bleh jg.

      Delete
  3. Assalam.. nak daftar uber apps memang perlukan kad kredit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Debit card pun boleh. Sekarang semua atm card ada master atau visa.

      Delete
    2. Kalau saya perlukan uber untuk 3mei ni boleh contact puan ke? Saya try guna apps, tapi tak berjaya.

      Delete
    3. Cik boleh Whatsapp saya 016 7114304

      Delete
  4. napa waktu nk pickup rider sya xdapt no henfon rider.sebliknya saya kena tggu rider call sya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Option tu kat sebelah kanan atas kat page start trip tu. Icon paste. Nanti dia keluar pilihan contact. Bila tekan contact ada pilihan by sms atau call. Sila explore apps anda dengan menekan butang2 yg belum pernah ditekan

      Delete
    2. Nak uber ke klia 10 july

      Delete
  5. Ada blog mcm awk nie senang utk penumpang yg kali ptama nk guna uber

    ReplyDelete
  6. Bila dh register, nak submit document boleh submit online ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai driver? Ye semua submit online

      Delete
  7. Salam, nak tanya, uber ni kan boleh ke jadi mcm pemandu sementara?

    Sbb my case, saya ada client dari indonesia nk buat photoshoot pre wedd di sekitar kuala lumpur. Tapi kami xbuat pick up, so mereka kene bergerak sendiri ke location phooshoot tu. So mmrlukan sgt driver yg boleh tolong bawakkan dorg ke sana. Agak2 uber boleh buat mcm tu ka?

    ReplyDelete
  8. Salam... utk uber ni boleh tak kalau kita nak request driver wanita? Kalau selepas midnight, the charge still sama atau double? Thank you.

    ReplyDelete
  9. Sya nk tnya,uber bole buat tempahan ke

    ReplyDelete
  10. Sya nk tnya,uber bole buat tempahan ke

    ReplyDelete
  11. Aslmkm.sbg pemandu uber baru perlukah hadir d off uber untuk taklimat

    ReplyDelete
  12. Salam, sy ingin mnjadi pmandu uber tapi tak lepas sebab ada masalah cover note insurance. Vehicle details tak lengkap. Xda no.pndaftran kereta. Apa sy boleh buat untuk settle masalah ni?

    ReplyDelete
  13. Salam, sy ingin mnjadi pmandu uber tapi tak lepas sebab ada masalah cover note insurance. Vehicle details tak lengkap. Xda no.pndaftran kereta. Apa sy boleh buat untuk settle masalah ni?

    ReplyDelete

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...